Pages

PERATURAN PERTANDINGAN WOODBALL


PERATURAN PERTANDINGAN WOODBALL (ANTARA PASUKAN DAN INDIVIDU )
KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) 2019
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



1.0               NAMA PERTANDINGAN

            1.1        Pertandingan Woodball KAKOM  2019
           
2.0               UNDANG-UNDANG

2.1               Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Woodball terkini yang dikuatkuasakan oleh Persatuan Woodball Antarabangsa ( IWF ) hendaklah diikuti.
2.2                
3.0   TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN

3.2   Tempat Pelaksanaan            : Laman Woodball KMP
3.3   Masa Pelaksanaan : 8.00 pagi hingga 6.30 petang

4.0   TEMPAT PERTANDINGAN

            4.1.       Laman Woodball Kolej Matrikulasi Perlis
            
5.0   PENYERTAAN

5.1        Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej Mara yang mengendalikan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.2        Setiap kolej hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki ( 3 orang pemain ), satu(1) pasukan wanita ( 3 orang pemain ) dan 2 orang pegawai sahaja seperti jadual dibawah :

Bil
Kategori
Acara dipertandingkan
Bilangan pemain
1
Lelaki
Berpasukan
3 orang
2
Wanita
Berpasukan
3 orang
3

Pengurus
1 orang
Jurulatih
1 orang
Jumlah
8 orang

5.3        Pemain yang menyertai acara berpasukan diambil kira bermain didalam kategori individu



6.0   KELAYAKAN PESERTA

            6.1        Sila rujuk Perkara 5.0  Peraturan Am KAKOM 2019






7.0   TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

7.2               Nama-nama peserta  yang akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.( SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN ).
7.3               Senarai peserta yang disahkan   semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.
7.4               Sila rujuk  Perkara 17.0 Peraturan Am

8.0   SISTEM PERTANDINGAN

8.1   Acara  Permainan dipertandingkan dalam bentuk
8.1.1          Berpasukan Lelaki
8.1.2          Berpasukan wanita
8.1.3          Individu Lelaki
8.1.4          Individu wanita

8.2            Perlawanan akan dijalankan secara stroke play 24 gate untuk kategori berpasukan

8.3            Manakala untuk 12 individu lelaki dan wanita terbaik di dalam pertandingan antara berpasukan akan bertanding ke perlawanan akhir akan dijalankan secara stroke play 12 gate untuk menentukan kemenangan bagi acara individu


9.0   MENENTUKAN KEMENANGAN

9.1   Pemenang Kategori berpasukan akan ditentukan melalui :

9.1.1          Bagi kategori berpasukan jumlah pukulan 3 pemain setiap pasukan  terendah bagi 24 gate akan diambil kira untuk menentukan pemenang.
9.1.2          Jika masih seri, jumlah pukulan terendah individu dalam pasukan yang seri  akan diambil kira untuk menentukan pemenang.
9.1.3          Jika masih berlaku seri, pengiraan dilihat melalui jumlah pukulan pemain terbaik setiap pasukan 12 gate terakhir bagi setiap pasukan yang seri dan jumlah pukulan terendah akan dikira sebagai pemenang.

9.2   Pemenang kategori individu lelaki dan wanita melalui :

9.2.1          Pemenang untuk kategori individu mengambil kira jumlah pukulan di peringkat berpasukan dan dicampurkan semula dengan jumlah pukulan di perlawanan akhir yang terendah.
9.2.2          Jika masih seri “Best Score“ individu semasa perlawanan akhir akan diambilkira







10.0            KELEWATAN

10.1         Masa diberi 15 minit dari mula masa permainan. Sekiranya lewat pasukan atau individu berkenaan dibatalkan.

11.0            PAKAIAN PESERTA DAN PERALATAN

12.1      Pemain hendaklah memakai pakaian seragam pasukan masing-masing. Hanya baju 'T' berkolar berlengan pendek atau  panjang .Pihak pengelola berharap semua pemain dapat menutup aurat.
12.2      Hanya kasut sukan sahaja yang dibenarkan di dalam laman woodball semasa pertandingan.
            12.3      Pihak penganjur berhak untuk tidak akan membenarkan mana-mana pemain menyertai
                        pertandingan ini sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan tersebut.
12.4      Alat permainan iaitu mallet dan bola yang digunakan adalah dari jenama Hui King, Jack King dan Dr Pet sahaja dibenarkan.


12.0            MENARIK DIRI

12.1         Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am


13.0            PENANGGUHAN

            14.1      Sila rujuk Perkara 11.0 Peraturan Am
14.2      Sekiranya mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam Perkara 11.0 Peraturan Am , Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk memindahkan / menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu.  Sebarang keputusan adalah muktamad.

14.0            PEGAWAI TEKNIKAL

            15.1      Pertandingan akan diadili oleh Referee  yang bertauliah yang dilantik.
            15.2      Keputusan pengadil adalah muktamad.


15.0            BANTAHAN DAN RAYUAN

15.1         Sila rujuk Perkara 12.0 Peraturan Am











16.0            TINDAKAN TATATERTIB (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN)

            17.1      Setiap kesalahan pemain dan pegawai akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib.
17.2      Seseorang pemain yang diarah keluar daripada Laman Woodball dan pemain tersebut tidak dibenarkan meneruskan permainan. Pemain tersebut digantung daripada bermain dalam perlawanan berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

17.0            JURI RAYUAN

            18.1      Jawatankuasa Juri Rayuan terdiri daripada
17.1.1      Pengarah Kejohanan
17.1.2      Ketua Referee Kejohanan
17.1.3      Pengerusi Teknik Woodball
17.1.4      2 Pengurus Pasukan Berkecuali
           
18.0            JAWATANKUASA TATATERTIB (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN)

            19,1      Sila rujuk Perkara 10.0 Peraturan Am

19.0            KEHILANGAN BARANG-BARANG DAN KEMALANGAN

19.1         Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am

20.0               PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

20.1         Sila rujuk Perkara 20.0 Peraturan Am


21.0            HADIAH
21.1         Emas Berpasukan Lelaki            ( 3 pemain. 1 pengurus , 1 Jurulatih )
21.2         Perak Berpasukan Lelaki            ( 3 pemain. 1 pengurus , 1 Jurulatih )
21.3         Gangsa Berpasukan Lelaki         ( 3 pemain. 1 pengurus , 1 Jurulatih )
21.4         Emas Berpasukan Wanita          ( 3 pemain. 1 pengurus , 1 Jurulatih )
21.5                                                                                    Perak Berpasukan Wanita         ( 3 pemain. 1 pengurus , 1 Jurulatih )
21.6                                                                                    Gangsa Berpasukan Wanita      ( 3 pemain. 1 pengurus , 1 Jurulatih )
21.7                                                                                    Emas Individu Lelaki                (1 pemain)
21.8                                                                                    Perak Individu Lelaki                (1 pemain)
21.9                                                                                    Gangsa Individu Lelaki              (1 pemain)
21.10                                                                                Emas Individu Wanita               (1 pemain)
21.11                                                                                Perak Individu Wanita               (1 pemain)
21.12                                                                                Gangsa Individu Wanita                        (1 pemain)







22.0            HAL-HAL LAIN

22.0Sila rujuk Perkara 21.0  Peraturan Am
22.1            Sekiranya cuaca buruk, penglihatan kurang jelas, dan kesuntukan masa,  Jawatankuasa Pengelola berkuasa mengadakan perlawanan kepada beberapa bilangan fairway sahaja mengikut persetujuan Jawatankuasa Teknikal, di mana pemain yang mendapat pukulan terendah akan menentukan kemenangan.
22.2            Pihak penganjur berhak membuat keputusan sesuatu peraturan yang tidak dinyatakan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.





Jenama Peralatan Woodball yang sah diguna pakai semasa Pertandingan Woodball KAKOM 2019

JENAMA HUI KING







JENAMA DR PET








JENAMA JACK KING






No comments:

Post a Comment