Pages

PERATURAN PERTANDINGAN SKUASY


PERATURAN PERTANDINGAN SKUASY
KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA





1.0               NAMA PERTANDINGAN
1.1   Pertandingan Skuasy KAKOM 2019

2.0        UNDANG-UNDANG
2.1   Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Skuasy Dunia (WSF).
2.2   Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.
2.3   Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am.
2.4   Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Skuasy KAKOM adalah muktamad.

3.0               TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
3.1     12 hingga 15 Julai 2019 (Sila rujuk jadual pertandingan)

4.0               TEMPAT PERTANDINGAN
4.1     Kolej Matrikulasi Perlis

5.0               PENYERTAAN
5.1     Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej MARA yang mengendalikan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.2      Setiap kolej hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja  yang mengandungi:

                                                                        LELAKI              WANITA 
     
Pengurus/Jurulatih Pasukan       *1 orang                       
Pemain                                      1 orang            1 orang

           
6.0               KELAYAKAN PESERTA
6.1      Sila rujuk Perkara 5.0 Peraturan Am 

7.0               TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
7.1      Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan pada 12 Julai 2019 jam 9.00 malam
7.2      Nama peserta   yang   akan mengambil bahagian dalam semua acara hendaklah disahkan pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut. (SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN/ PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN). Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.
7.3      Sila rujuk  Perkara 17.0 Peraturan Am







8.0               SISTEM PERTANDINGAN (PERSEORANGAN)
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/cara kalah mati seperti berikut :

8.1      Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita.       
a.    Semua acara perseorangan lelaki dan wanita akan dijalankan secara liga dan/ cara kalah mati.
b.    Semua pertandingan di dalam kumpulan yang dijalankan secara LIGA, mata kemenangan akan diberi seperti berikut:
Menang : 3 mata            Kalah : 0 mata

c.    Sekiranya pada akhir perlawanan dalam sesuatu kumpulan memperolehi kiraan mata yang sama lebih dari satu, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut:
                                                               i.     Jika dua (2) pasukan yang terlibat, maka pasukan yang mengalahkan lawannya di
                                    peringkat awal dikira sebagai pemenang.
                                                             ii.     Jika lebih daripada dua pasukan yang terlibat, maka pemenang akan ditentukan dengan kiraan perbezaan (difference) dari jumlah perlawanan (matches): ‘game’ dan angka-angka mata yang diperolehi pasukan-pasukan berkenaan.
                                                            iii.     Sekiranya keputusan masih seri di peringkat ini maka keputusan akan ditentukan dengan lambungan syiling.
d.    Pertandingan akan dijalankan secara ‘best of three’ Point At Rally (PAR) System pada perlawanan pusingan awal (liga dalam kumpulan dan peringkat suku akhir) manakala ‘best of five’ bagi peringkat separuh akhir dan akhir.

8.2      Carta Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)

Pusingan Pertama
a.    Sekiranya dua belas (12) atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada empat (4) kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
b.    Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

Pusingan Kedua (Suku Akhir)
a.     Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
b.     Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:




Pusingan Ketiga (Separuh Akhir dan Akhir)
a.     Pasukan-pasukan yang menang pada Perlawanan Separuh Akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan JOHAN dan NAIB JOHAN sementara pasukan-pasukan yang kalah akan diisytiharkan tempat KETIGA bersama.


9.0        KELEWATAN
9.1   Pasukan atau peserta yang terlewat lima belas (15) minit selepas masa yang dijadualkan dengan tidak memberi alasan yang munasabah, di anggap menarik diri dan memberikan kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu.
9.2   Semua pemain hendaklah berada dan sedia untuk bermain di tempat perlawanan dua puluh (20) minit sebelum pertandingan dimulakan.

10.0      SET DAN MATA PERLAWANAN
10.1   Perlawanan pusingan awal dan peringkat suku akhir akan dijalankan secara tiga (3) set “best of three” kiraan Point At Rally (PAR) System. Peserta yang memenangi dua (2) set awal dikira sebagai pemenang.
10.2   Perlawanan peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan dijalankan secara lima (5) set “best of five” kiraan Point At Rally (PAR) System. Peserta yang memenangi tiga (3) set awal dikira sebagai pemenang.
10.3   Pemenang adalah pemain yang mendapat sebelas (11) mata terdahulu.
10.4   Jika berlaku kedudukan mata 10 - 10, permainan akan dilanjutkan ke mata “dius”. Jika kedudukan ini berlaku, maka pemenang adalah pemain yang mendapat kelebihan dua (2) mata terlebih dahulu.

 11.0     PAKAIAN PESERTA DAN PERALATAN
11.1   Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang dibenarkan dalam undang-undang permainan berkenaan.
11.2   Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan telah memutuskan bola yang akan digunakan untuk semua perlawanan adalah jenis Dunlop Double Yellow Dot atau setaraf dengannya.
11.3   Setiap kolej diminta membawa 1 biji bola sendiri untuk setiap perlawanan.
11.4   Pemain yang berumur 19 tahun dan ke bawah diwajibkan memakai pelindung mata “Eye wear” atau “Eye-mask” semasa berada di dalam gelanggang ketika bermain.

12.0      MENARIK DIRI
12.0   Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am

13.0      PENANGGUHAN
13.1   Sekiranya keadaan gelanggang tidak memuaskan atau bekalan elektrik terputus semasa perlawanan berlangsung, pengadil dengan persetujuan Pengerusi Teknik berhak menangguhkan perlawanan.
13.2   Sekiranya perlawanan ditangguhkan dan disambung pada hari yang sama, perlawanan tersebut akan disambung mengikut baki mata yang tinggal dan mata masih kekal ketika perlawanan itu tertangguh.
13.3   Sekiranya perlawanan ditangguhkan dan disambung pada keesokan harinya, keseluruhan permainan akan dimainkan semula. 

14.0      PEGAWAI TEKNIKAL
14.1   Pengadil yang bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola.
14.2   Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

15.0      BANTAHAN DAN RAYUAN
15.1   Sila rujuk  Perkara 12.0  Peraturan Am.
 
16.0      TINDAKAN TATATERTIB ( DISIPLIN / TINDAKAN HUKUMAN )
16.1   Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah mengikut Undang-undang Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) dan Persatuan Squash Malaysia (SRAM).
16.2   Setiap kesalahan pemain, pegawai dan penyokong akan dirujuk kepada  Jawatankuasa tatatertib.

17.0      JURI RAYUAN
17.1   Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am 

18.0      JAWATANKUASA TATATERTIB ( DISIPLIN / TINDAKAN HUKUMAN )
18.1   Sila rujuk Perkara 10.0 Peraturan Am 

19.0      KEHILANGAN BARANG-BARANG DAN KEMALANGAN
19.1   Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am 

20.0      PENGUNDIAN
20.1   Sila rujuk Perkara 19.0 Peraturan Am

21.0      PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
21.1   Sila rujuk Perkara 20.0 Peraturan Am

22.0      HADIAH (LELAKI : PERSEORANGAN)
22.1   Emas      (1 pemain, 1 Pengurus/Jurulatih)
22.2   Perak      (1 pemain, 1 Pengurus/Jurulatih)
22.3   Gangsa    (2 pemain, 2 Pengurus/Jurulatih)

23.0      HADIAH (WANITA : PERSEORANGAN)
23.1   Emas      (1 pemain, 1 Pengurus/Jurulatih)
23.2   Perak      (1 pemain, 1 Pengurus/Jurulatih)
23.3   Gangsa    (2 pemain, 2 Pengurus/Jurulatih)

24.0      PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN PERTANDINGAN.

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.









No comments:

Post a Comment