Pages

PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE


PERATURAN PERTANDINGAN PETANQUE WANITA
KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) KE-19, 2019
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1.0        NAMA PERTANDINGAN
            1.0        Pertandingan Petanque KAKOM ke-19, 2019       
           
2.0   UNDANG-UNDANG
2.1 Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan akan dijalankan mengikut tertakluk
                   kepada Undang-undang Rasmi Permainan Petanque (Official Rules of the Games of Petanque) yang
                   ditetapkan oleh Federation International de Petanque Jeu Provinal  (FIPJP) yang sedia terpakai dan
                   pindaan-pindaanya yang dilakukan pada Tahun 2010 di Izmer,Turkey.
2.2 Sekiranya terdapat perselisihan/persoalan dari segi undang-undang permainan,  undang-   undang dalam
      Bahasa Inggeris akan dirujuk.
2.3 Ketua Arbiter dirujuk sebagai Ketua Pengadil adalah individu yang diberikan tauliah  untuk memberi
      keputusan bagi sebarang pertikaian berkaitan teknikal pertandingan  dengan merujuk kepada peraturan
      dan undang-undang yang terpakai.
2.4 Sebarang bantahan rasmi berkaitan teknikal pertandingan akan diberikan pertimbangan    sewajarnya
      oleh Ketua Arbiter bersama Jawatankuasa Teknikal,  seterusnya Ketua Arbiter mencadangkan usul dan
      berbincang bersama Pengerusi Kejohanan sebelum memberikan keputusan yang muktamad.

  3.0      TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
            3.1        13 hingga 14 JULAI  2019 (sila rujuk jadual pertandingan)

4.0        TEMPAT PERTANDINGAN
            4.1.       Arena Petanque Kolej Matrikulasi Perlis

5.0        PENYERTAAN
5.1        Penyertaan adalah terbuka kepada semua Kolej Matrikulasi KPM dan Kolej Mara yang mengendalikan program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
5.2        Setiap kolej hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja yang disertai:
                       
                                                Pengurus /JurulatihPasukan                   1 orang            
                                                Pemain                                                 2 orang            
                                                Jumlah                                                 3 orang                       
ACARA
Doubles
Simpanan
Pengurus/Jurulatih
Jumlah
BILANGAN
2
0
1
3

6.0        KELAYAKAN PESERTA
            6.1        Sila rujuk Perkara 5.0  Peraturan Am

7.0         TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
7.2        Nama-nama   peserta   yang   akan   mengambil   bahagian  dalam semua acara
hendaklah disahkan pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut.( SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN ). Senarai peserta yang disahkan semasa taklimat pengurus pasukan adalah muktamad.
7.3         Sila rujuk  Perkara 17.0 Peraturan Am
           
8.0        SISTEM PERTANDINGAN
8.1        Pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan.
            8.2        Sistem pemberian mata bagi bagi pertandingan secara liga adalah seperti berikut :
                                    Menang                         :  2 mata          
                                    Kalah                            :  0 mata
8.3        Pasukan  yang menarik diri atau memberi walk-over dalam satu-satu perlawanan akan hilang kelayakan untuk bermain perlawanan seterusnya. Semua perlawanan yang terdahulu dengan sendirinya terbatal.
8.4        Adalah menjadi tanggungjawab pemain untuk pemain mencatat skor dan mengesahkan keputusan perlawanannya dengan menurunkan tandatangan di atas borang markah yang disediakan.
8.5        Sekiranya berlaku percanggahan keputusan antara pemain, keputusan pengadil akan diguna pakai.
8.6        Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan persetujuan Ketua Pengadil.

9.0        MENENTUKAN KEMENANGAN
9.1        Semasa permainan liga di peringkat kumpulan, pasukan yang berjaya mengutip mata tertinggi dan kedua tertinggi akan layak ke pusingan seterusnya.
9.2       Sekiranya  setelah  semua  perlawanan  di  peringkat  liga  selesai,  dua pasukan didapati memperolehi jumlah mata yang sama, maka pasukan yang memenangi  perlawanan   di  antara mereka akan  dikira  sebagai pemenang.
9.3       Sekiranya setelah semua perlawanan di peringkat liga selesai, tiga pasukan atau lebih didapati memperolehi mata yang sama, maka tatacara mengikut susunan kaedah berikut akan diambilkira untuk menentukan pemenang:
             9.3.1    Pasukan  yang  mempunyai  jumlah  perbezaan  ‘set’  yang terbanyak dari pertandingan       
                          yang melibatkan pasukan yang seri sahaja  (internal difference) akan dikira  sebagai
                          pemenang dan kedua terbanyak sebagai kedua dan seterusnya;
9.3.2     Jika  keadaan  masih  seri,  pasukan  yang  mempunyai  jumlah perbezaan  ‘set’  yang  terbanyak  dari  keseluruhan  pertandingan dalam  kumpulan  masing-masing  (external  difference)  akan dikira  sebagai  pemenang  dan  kedua  terbanyak  sebagai  kedua dan seterusnya.
9.3.3     Jika  masih  seri,  pasukan  yang  mempunyai  jumlah  perbezaan ‘score’  yang  terbanyak  dari  pertandingan  yang  melibatkan pasukan  yang  seri  sahaja  (internal  difference)  akan  dikira sebagai  pemenang  dan  kedua  terbanyak  sebagai  kedua  dan seterusnya.
9.3.4.    Jika  keadaan  masih  seri,  pasukan  yang  mempunyai  jumlah perbezaan  ‘score’  yang  terbanyak  dari  keseluruhan pertandingan  dalam  kumpulan  masing- masing  (external difference) akan dikira sebagai pemenang dan kedua terbanyak sebagai kedua dan seterusnya.
            9.3.5     Jika masih seri, undian akan dijalankan  

10.0      KELEWATAN
10.1      Pasukan yang gagal hadir setelah panggilan perlawanan diumumkan, akan didenda 1 mata bagi 15 minit pertama dan 1 mata bagi setiap 5 minit seterusnya sehingga 30 minit.
10.2      Sekiranya pasukan tersebut gagal hadir dalam masa 30 minit, kemenangan 13-0 akan diberi kepada pihak lawan.  

11.0      TEMPOH PERLAWANAN
11.1      Perlawanan akan dijalankan sebanyak satu (1) set sahaja
             11.2      Mata penamat adalah 13 atau  dalam masa 1 jam
           11.3    Sekiranya kaedah penentuan perlawanan bermasa digunakan, pasukan yang
                        mendahului mata selepas tempoh masa tamat adalah dianggap sebagai
                        pemenang.  Sekiranya mata  seri , tambahan  1 end akan diberikan.
            
12.0      PAKAIAN PESERTA DAN PERALATAN
12.1      Pemain hendaklah memakai pakaian seragam pasukan masing-masing. Hanya baju 'T' berlengan. Pihak pengelola berharap semua pemain dapat menutup aurat.
            12.2      Hanya kasut sukan sahaja yang dibenarkan di dalam gelanggang semasa pertandingan.
            12.3      Pihak penganjur  berhak untuk tidak akan membenarkan mana-mana pemain menyertai
                        pertandingan ini sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan tersebut.
12.4      Penggunaan boule adalah mengikut piawaian FIPJP. Boule mestilah tertera jenama bola, jisim boule dan ukur lilit boule/ nombor siri boule. Hanya ’match boules’ sahaja yang dibenarkan untuk digunakan semasa pertandingan, contoh Boules yang dibenarkan adalah jenama seperti LA FRANC dan PLASTONG (Buatan Thailand), OBUT dan JB(Buatan Perancis)
12.5      Boules training tidak boleh digunakan.
12.6      Pemain dikehendaki membawa boules sendiri.
12.7      Jack akan disediakan oleh pihak penganjur dan harus dipulangkan kembali selepas tamat perlawanan.
12.8      Pita pengukur bagi tujuan mengukur jarak kejauhan atau menentukan mata hendaklah disediakan oleh pemain sendiri atau pasukan yang bertanding.

13.0      MENARIK DIRI
            13.1      Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am
           
14.0      PENANGGUHAN
            14.1      Sila rujuk Perkara 11.0 Peraturan Am
14.2      Sekiranya mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam Perkara 11.0  Peraturan Am , Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk memindahkan / menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu.  Sebarang keputusan adalah muktamad.

15.0      PEGAWAI TEKNIKAL
            15.1      Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang bertauliah yang dilantik.
            15.2      Keputusan pengadil adalah muktamad.

16.0      BANTAHAN DAN RAYUAN
            16.1      Sila rujuk Perkara 12.0 Peraturan Am

17.0      TINDAKAN TATATERTIB (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN)
            17.1      Setiap kesalahan pemain dan pegawai akan dirujuk kepada Jawatankuasa tatatertib.
17.2      Seseorang pemain yang diarah keluar gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan permainan adalah dengan sendiri digantung bermain dalam perlawanan berikutnya, sehinggalah Jawatankuasa Tatatertib telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

18.0      JURI RAYUAN
            18.1      Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am
           
19.0      JAWATANKUASA TATATERTIB (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN)
            19.1      Sila rujuk Perkara 10.0 Peraturan Am

20.0      KEHILANGAN BARANG-BARANG DAN KEMALANGAN
            20.1      Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am

21.0      PENGUNDIAN
            21.1      Sila rujuk Perkara 19.0 Peraturan Am

22.0      PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
            22.1      Sila rujuk Perkara 20.0 Peraturan Am.

23.0      HADIAH (WANITA)
            23.1      Emas                (2 Pemain, 1 Pengurus / Jurulatih)
            23.2      Perak                (2 Pemain, 1 Pengurus /Jurulatih)
            23.3      Gangsa             (4 Pemain, 2 Pengurus / Jurulatih)

24.0      HAL-HAL LAIN

            25.1      Sila rujuk Perkara 21.0  Peraturan Am



No comments:

Post a Comment