Pages

PERATURAN PERTANDINGAN BOLASEPAK



PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) 2019
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




1.0               NAMA PERTANDINGAN
1.1               Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah KAKOM 2019.

2.0               UNDANG-UNDANG
2.1               Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Bola Sepak terkini yang dikuatkuasakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

3.0               TARIKH PERTANDINGAN
3.1        13 dan 14 Julai  2019

4.0               TEMPAT PERTANDINGAN
4.1               Padang  KMP
4.2               Padang Uitm A
4.3               Padang Uitm B

5.0               PENYERTAAN
5.1               Sila rujuk Perkara 5.0 Peraturan Am.
5.2               Setiap kolej hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja yang mengandungi :

1 orang
Jurulatih
1 orang
Pemain
13 orang
Jumlah
15 orang

6.0        KELAYAKAN PESERTA
6.1        Sila rujuk Perkara 5.0 Peraturan Am

7.0        TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
7.1               Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan dijalankan. (12 Julai 2019 (Jumaat) , Jam 9.00 malam).
7.2               Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta dan salinan kad pelajar yang telah disahkan.
7.3               Pengesahan peserta yang mengambil bahagian hendaklah disahkan pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut. (SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN).
7.4               Senarai peserta yang telah disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

8.0        SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan kalah mati seperti berikut:
8.1        Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)
8.1.1     Pusingan Pertama
8.1.1.1  Pasukan yang mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

8.1.1.2  Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

8.1.1.3 Sistem pemberian mata bagi bagi pertandingan secara liga adalah seperti berikut:
           
Menang
Seri
3 mata
:  1 mata
Kalah 
0 mata



8.1.2     Pusingan Kedua (Suku Akhir)
8.1.2.1  Johan dan naib johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
8.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:
 



8.1.3     Pusingan Separuh Akhir dan Akhir
8.1.2.3  Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan menduduki tempat Ketiga Bersama.





9.0        MENENTUKAN KEMENANGAN
9.1          Kemenangan bagi pertandingan secara liga ditentukan daripada jumlah mata terbanyak, tetapi
jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan ditentukan seperti berikut :
9.1.1    Perbezaan gol – Jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang bolos.
9.1.2    Jika perbezaan gol masih seri, pasukan yang mendapat bilangan  gol yang terbanyak dikira menang.
9.1.3    Jika masih seri, bilangan bolos yang terkurang
9.1.4    Jika masih seri juga, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
9.1.5    Lambungan syiling. Jika diperingkat ini lebih daripada dua (2) pasukan yang terlibat, maka keputusan akan ditentukan dengan cabutan undi.

9.2        Bagi pertandingan yang dijalankan secara kalah mati, jika keputusannya berakhir dengan seri,            maka keputusan perlawanan akan ditentukan seperti berikut :
9.2.1    Apabila tamat masa permainan, perlawanan  akan disambung semula dengan masa tambahan selama lima (5) minit. Setelah masa tambahan lima (5) minit tamat, pasukan akan bertukar kawasan bermain dan meneruskan permainan selama lima (5) minit lagi tanpa rehat.
9.2.2    Jika tiada keputusan dalam masa tambahan, maka sepakan penalti akan dijalankan seperti berikut  :
9.2.2.1   Kedua-dua pasukan akan mengambil lima (5)  tendangan penalti. Pasukan yang  menjaringkan gol terbanyak dikira pemenang.Jika masih seri ,
9.2.2.2    Sepakan penalti secara 'sudden death' akan dijalankan, pasukan yang gagal menjaringkan gol dikira kalah. Sekiranya masih seri sepakan penalti akan dijalankan oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli sehingga tercapai  keputusan.
9.2.2.3         Pemain yang mengambil sepakan penalti mestilah dari sembilan pemain yang bermain pada masa tambahan sehingga tiupan wisel terakhir.
9.2.2.4         Tiap-tiap  sepakan  penalti hendaklah diambil oleh pemain yang berlainan, termasuk penjaga gol.
9.2.2.5         Peraturan sepakan penalti adalah mengikut undang-undang 14, Peraturan dan Undang-Undang Bola Sepak FIFA.
9.2.2.6         Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan akan menggunakan budibicara sebaik mungkin untuk memutuskan keputusan sesuatu perlawanan jika sekiranya masa tidak mengizinkan berbuat seperti perkara di atas setelah mendapat persetujuan bersama pengurus-pengurus pasukan terlibat.

10.0      KELEWATAN
10.1      Sepuluh (10) minit akan diberikan kepada pasukan-pasukan sebagai tempoh masa menunggu daripada masa yang dijadualkan.  Jika selepas itu sesuatu pasukan tidak hadir dengan sekurang-kurangnya tujuh (7) pemain, maka pasukan berkenaan dikira kalah. Dengan itu pasukan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan memperoleh jaringan gol kemenangan percuma sebanyak 3 - 0 dan diberikan tiga (3) mata.
10.2      Semua pasukan hendaklah berada dan sedia untuk bermain di tempat perlawanan sepuluh (10) minit sebelum pertandingan dimulakan.



11.0      TEMPOH PERLAWANAN
11.1        Masa perlawanan peringkat liga satu pusingan adalah sepuluh (10) minit bagi separuh masa
 dengan masa rehat dua (2) minit (10:2:10) manakala masa perlawanan peringkat kalah mati adalah lima  belas (15) minit bagi separuh masa dengan rehat lima (5) minit (15:5:15)

12.0 PAKAIAN PESERTA DAN PERALATAN
12.1           Setiap pasukan hendaklah membawa sekurang-kurangnya dua (2) set jersi yang berlainan warna.
12.2           Jika terdapat persamaan warna jersi setelah disahkan oleh  pengadil perlawanan, pasukan tuan  rumah (nama pasukan yang disebut pertama dalam jadual pertandingan) hendaklah menukar jersi. Nama pasukan yang disebut dahulu dalam jadual pertandingan adalah pasukan tuan rumah.
12.3           Nombor jersi tidak boleh ditukar setelah didaftarkan semasa pendaftaran/taklimat pengurus pasukan. Nombor jersi yang sama hendaklah digunakan oleh pemain sehingga selesai pertandingan.
12.4           'Shin guard' diwajibkan kepada semua pemain.
12.5           Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya ketua pasukan diganti, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diberi kepada ketua pasukan yang dilantik.
12.6           Pasukan yang menyertai pertandingan ini boleh menggunakan nama penaja pada jersi tetapi tidak bercanggah dengan syarat-syarat yang ditentukan dalam peraturan pertandingan FAM/FIFA.
12.7      Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan telah memutuskan bola yang akan digunakan untuk semua perlawanan adalah ”official match ball”.
12.8      Setiap kolej diminta membawa sebiji bola pertandingan untuk pertandingan.
12.9      Pemakaian `tight` adalah mengikut warna seluar dan `inner’ mengikut warna jersi pasukan atau berwarna gelap.

13.0      Bilangan pemain dan pemain gantian
13.1      Bilangan pemain hendaklah sembilan (9) pemain termasuk penjaga gol. Bilangan gantian adalah tiga (3) orang (termasuk penjaga gol) untuk sesuatu perlawanan.
13.2      Sesuatu perlawanan tidak boleh dimulakan jika salah satu dari pasukan itu mempunyai kurang daripada sembilan (7) pemain.
13.3      Format penggantian ialah tiga (3) pemain simpanan termasuk penjaga gol dibenarkan membuat pertukaran semasa perlawanan dengan syarat penggantian berasaskan prosedur penggantian.
13.4      Sekurang-kurangnya sepuluh (10) minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama sembilan (9) pemain dan lima (4) pemain simpanan dalam borang pendaftaran pertandingan (START LIST) yang disediakan oleh urus setia.

14.0      MENARIK DIRI
14.1      Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan Am

15.0      PENANGGUHAN
15.1      Sila rujuk Perkara 11.0 Peraturan Am
15.2      Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan berhak menangguh sesuatu perlawanan disebabkan oleh masalah cuaca atau perkara-perkara lain.

16.0      PEGAWAI TEKNIKAL

Pertandingan akan diadili oleh pengadil dan penjaga garisan  yang bertauliah.
16.2      Keputusan pengadil adalah muktamad.

17.0      BANTAHAN DAN RAYUAN
17.1      Sila rujuk Perkara 12.0 Peraturan Am

18.0      TINDAKAN TATATERTIB ( DISIPLIN / TINDAKAN HUKUMAN )
18.1      Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah mengikut Undang-undang FAM/FIFA.
18.2      Setiap kesalahan pemain dan pegawai akan dirujuk kepada Jawatankuasa tatatertib.
18.3      Seorang pemain yang diberi amaran (kad kuning) dua kali dalam satu  perlawanan atau 2 kali dalam 2 perlawanan tidak dibenarkan bermain satu perlawanan berikutnya.
18.4      Seorang pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya sementara menunggu keputusan mesyuarat Lembaga Tatatertib.

19.0      JURI RAYUAN
            19.1     Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am.

20.0      JAWATANKUASA TATATERTIB (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN)
            20.1      Sila rujuk Perkara 10.0 Peraturan Am

21.0      KEHILANGAN BARANG-BARANG DAN KEMALANGAN
21.1      Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am

22.0      PENGUNDIAN
22.1      Sila rujuk Perkara 19.0 Peraturan Am

23.0      PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
23.1      Sila rujuk Perkara 20.0 Peraturan Am

24.0      HADIAH
            24.1      Emas    ( 13 Pemain, 1 Pengurus, 1 Jurulatih )
            24.2      Perak    ( 13 Pemain, 1 Pengurus, 1 Jurulatih )
            24.3      Gangsa  ( 26 Pemain, 2 Pengurus, 2 Jurulatih )
                                               

25.0      HAL-HAL LAIN
            25.1      Sila rujuk Perkara 21.0 Peraturan Am





No comments:

Post a Comment