Pages

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING
KARNIVAL KOKURIKULUM MATRIKULASI (KAKOM) 2019
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0                NAMA PERTANDINGAN
1.1          Pertandingan Bola Jaring KAKOM, 2019.


2.0                UNDANG-UNDANG
2.1                Selain daripada undang-undang yang terkandung, pertandingan akan dijalankan mengikut Undang-undang Permainan Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (INF) dan Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) pindaan tahun 2016.


3.0                TARIKH PERTANDINGAN
3.1                13 dan 14 Julai 2019


4.0                TEMPAT PERTANDINGAN
4.1          Kolej Matrikulasi Perlis


5.0                PENYERTAAN
5.1                Sila rujuk Perkara 5.0 Peraturan Am.
5.2                Setiap kolej hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja yang mengandungi:


WANITA
Pengurus Pasukan
1 orang
Jurulatih Pasukan
1 orang
Pemain
10 orang
Jumlah
12 orang

               
6.0                KELAYAKAN PESERTA
6.1                Sila rujuk Perkara 5.0 Peraturan Am


7.0                TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
7.1                Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan dijalankan. (13 Ogos 2019 Isnin, Jam 9.00 malam).
7.2                Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai nama peserta dan salinan kad pelajar yang telah disahkan.
7.3                Pengesahan peserta yang mengambil bahagian hendaklah disahkan pada mesyuarat tersebut. Segala pertukaran boleh dilakukan dalam mesyuarat tersebut. (SELEPAS ITU SEMUA PERTUKARAN / PENGGANTIAN TIDAK AKAN DILAYAN).
Senarai peserta yang telah disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad.

1.0                SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:
8.1          Cara Liga Empat Kumpulan (A, B, C dan D)
8.1.1       Pusingan Pertama

8.1.1.1    Pasukan yang mengambil bahagian hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
8.1.1.2    Pasukan-pasukan akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
8.1.1.3    Sistem pemberian mata bagi bagi pertandingan secara liga adalah seperti berikut:
               
Menang
3 mata
Seri 
2 mata
Kalah
1 mata

8.1.2       Pusingan Kedua (Suku Akhir)
8.1.2.1    Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
8.1.2.2    Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut:

 






8.1.3       Pusingan Separuh Akhir dan Akhir
8.1.2.3    Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan diberikan kedudukan tempat Ketiga Bersama.


9.0          MENENTUKAN KEMENANGAN
9.1          Kemenangan bagi pertandingan secara liga ditentukan daripada jumlah mata terbanyak, tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, maka keputusan akan ditentukan secara berikut:-

9.1.1           Secara purata gol iaitu dengan membahagikan jumlah gol yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena.
9.1.2           Jika purata gol masih berkedudukan seri maka keputusan akan ditentukan secara perbezaan gol iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak jumlah gol yang kena.
9.1.3           Jika kedudukan masih seri, keputusan akan ditentukan secara mengambil keputusan jaringan yang terbanyak.

9.2     Bagi peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir jika keputusan seri, maka keputusan perlawanan akan ditentukan secara berikut:
9.2.1          Apabila tamat masa permainan, pasukan akan bertukar kawasan bermain serta merta dan meneruskan permainan dengan masa tambahan selama tiga (3) minit tanpa rehat.
9.2.2          Undang-undang yang meliputi Hantaran Tengah dan Penggantian, seperti mana terdapat dalam buku Undang-undang Permainan akan dilaksanakan.
9.2.3          Setelah masa tambahan tiga minit tamat, pasukan akan sekali lagi bertukar gelanggang permainan dan meneruskannya selama tiga (3) minit lagi tanpa rehat.
9.2.4          Jika kedudukan masih seri setelah masa tambahan tiga (3) minit kedua tamat, maka permainan akan diteruskan sehingga salah satu pasukan mendapat  perbezaan dua (2) gol.


10.0        KELEWATAN
10.1        Lima (5) minit akan diberikan kepada pasukan sebagai tempoh masa menunggu daripada masa yang dijadualkan. Jika selepas itu sesuatu pasukan tidak hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain maka pasukan berkenaan dikira kalah.
10.2        Semua pasukan hendaklah berada dan sedia untuk bermain di tempat perlawanan sepuluh minit (10) minit sebelum pertandingan dimulakan.


11.0        TEMPOH PERLAWANAN
11.1        Bagi perlawanan liga dan suku akhir masa perlawanan adalah sepuluh (10) minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat tiga (3) minit.
11.2        Masa perlawanan separuh akhir dan akhir adalah lima belas (15) minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat tiga (3) minit


12.0        PAKAIAN PESERTA DAN PERALATAN
12.1        Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian seragam yang sama hendaklah dipakai sepanjang kejohanan.
12.2        Setiap pemain hendaklah memakai baju-T atau jersi dengan ‘track-bottom’. Skirt, seluar pendek atau ‘tight’ tidak dibenarkan.
12.3        Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah enam (6) inci. Sekiranya terdapat persamaan warna bib yang dipakai oleh pasukan bertanding, pasukan yang memenangi lambungan wang syiling dibenar mengekalkan bib mereka.


12.4        Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan telah memutuskan bola yang akan digunakan untuk semua perlawanan adalah jenama MOLTEN Model SN58MX Yellow Purple. Pengelola akan menyediakan bola pertandingan.
12.5        Setiap kolej diminta membawa sebiji bola sendiri untuk tujuan memanaskan badan atau latihan.
12.6        Hanya kasut yang sesuai dengan permainan bola jaring dibenarkan.


13.0        MENARIK DIRI
13.1        Sila rujuk Perkara 18.0 Peraturan  Am


14.0        PENANGGUHAN
14.1        Sila rujuk Perkara 11.0 Peraturan  Am
14.2        Perlawanan akan ditangguhkan mengikut persetujuan Ketua Pengadil dan Jawatankuasa Teknikal KAKOM 2019.
14.3        Sekiranya perlawanan ditangguhkan dan disambung pada hari yang sama atau hari berikutnya, perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal dan mata masih kekal ketika perlawanan itu ditangguhkan.


15.0            PEGAWAI TEKNIKAL
15.1        Pertandingan akan diadili oleh pengadil yang bertauliah.
15.2        Keputusan pengadil adalah muktamad.


16.0        BANTAHAN DAN RAYUAN
16.1     Sila rujuk  Perkara 12.0 Peraturan Am


17.0        TINDAKAN TATATERTIB (DISIPLIN/ TINDAKAN  HUKUMAN)
17.1        Tindakan tatatertib yang akan diambil adalah mengikut Undang-Undang Persekutuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) dan Persatuan Bola Jaring Bola Jaring Malaysia pindaan 2016.
17.2        Setiap kesalahan tatatertib, pemain dan pegawai akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib.
17.3        Seorang pemain yang diperintah keluar padang secara automatik tidak  dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.


18.0        JURI RAYUAN
18.1        Sila rujuk Perkara 13.0 Peraturan Am


19.0               JAWATANKUASA TATATERTIB (DISIPLIN/TINDAKAN HUKUMAN)
19.1            Sila rujuk Perkara 10.0 Peraturan  Am


20.0        KEHILANGAN BARANG-BARANG DAN KEMALANGAN

20.1        Sila rujuk Perkara 14.0 Peraturan Am


21.0        PENGUNDIAN
21.1        Sila rujuk Perkara 19.0 Peraturan  Am


22.0        PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
22.1        Sila rujuk Perkara 20.0 Peraturan  Am.

21.0        HADIAH
21.1        Emas      (10 Pemain, 1 Pengurus, 1 Jurulatih)
21.2        Perak      (10 Pemain,  1 Pengurus, 1 Jurulatih)
21.3        Gangsa  (20 Pemain,  2 Pengurus, 2 Jurulatih)
                                                               
22.0        HAL-HAL LAIN
                22.1        Sila rujuk Perkara 21.0 Peraturan Am



No comments:

Post a Comment