Pages

PERATURAN PERTANDINGAN BOLING PEGAWAI KAKOM


PERATURAN PERTANDINGAN BOLING TENPIN ACARA PEGAWAI KAKOM PERLIS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2019
ANJURAN :
        KOLEJ MATRIKULASI PERLIS,
       ARAU, PERLIS


1.0       NAMA PERTANDINGAN
1.1        Pertandingan Boling Tenpin Acara Pegawai, KAKOM Perlis Tahun 2019.

2.0       UNDANG-UNDANG
2.1       Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, peraturan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC).
2.2       Sekiranya berlaku sebarang perselisihan dari segi pentafsiran, maka Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.
2.3       Kejadian di luar dugaan dan dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
             2.3.1    Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada
                        Peraturan Undang-Undang Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC).

3.0          TARIKH PERTANDINGAN
3.1  13 Julai 2019 (Sila rujuk jadual pertandingan).

4.0          TEMPAT PERTANDINGAN
4.1       MM Superbowl, Kangar Perlis.

5.0          PENYERTAAN
5.1          Penyertaan adalah terbuka kepada :
5.1.1      Pengarah BMKPM, Timbalan Pengarah BMKPM dan Pengarah @ Timbalan Pengarah Kolej-Kolej Matrikulasi.
5.1.2      Pegawai-pegawai kontinjen yang menyertai KAKOM 2019.

5.2          Setiap kolej hanya boleh mendaftar satu pemain (VVIP / VIP) dan satu pasukan campuran seperti berikut :

Bil
Kategori
Lelaki
Wanita
Jumlah
1
VVIP/ VIP
       *1 orang
1
2
Berpasukan Campuran
2
2
4

Jumlah Keseluruhan
5






5.3       Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
                    5.3.1    Kategori VVIP/ VIP (L & W)
- Pengarah BMKPM, Timbalan Pengarah BMKPM & 
                                 Pengarah @ Timbalan Pengarah Kolej-Kolej Matrikulasi sahaja.
                        5.3.2    Kategori Berpasukan Campuran (2L, 2W)
                                    - Pegawai-pegawai kontinjen yang menyertai KAKOM Perlis 2019.
                       
                                   
                                   
6.0          KELAYAKAN PEMAIN
6.1            Semua pegawai yang menyertai KAKOM Perlis 2019.

7.0          TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN
7.1       Mengikut jadual yang akan ditetapkan berdasarkan tentatif KAKOM 2019.

8.0          SISTEM PERTANDINGAN

8.1          Acara VVIP/ VIP (L & W)
8.1.1      Semua pasukan dibenarkan menghantar satu (1) orang pemain lelaki @ Wanita bagi kategori ini.
8.1.2      Setiap pemain diwajibkan bermain tiga (3) permainan (games) di atas lorong yang telah ditetapkan secara cross lane seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Pemain dengan jumlah jatuhan pin tertinggi dari tiga (3) permainan (games) keseluruhan adalah pemenang.

8.2                   Acara Berpasukan campuran (2L, 2W)
8.2.1      Setiap pasukan dibenarkan menghantar satu (1) pasukan berempat (2 lelaki dan 2 wanita) bagi kategori ini.
8.2.2      Setiap pasukan diwajibkan bermain tiga (3) permainan (games) di atas lorong yang telah ditetapkan secara cross lane seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Pasukan dengan jumlah jatuhan pin tertinggi dari tiga (3) permainan (games) keseluruhan adalah pemenang.

8.3                   Acara Individu (L & W)
8.3.1    Setiap pasukan dibenarkan menghantar empat (4) orang pemain (2 lelaki 
            dan 2 Wanita) bagi kategori ini berdasarkan pendaftaran acara berpasukan  campuran.
8.3.2    Penentuan kemenangan akan diambilkira berdasarkan jatuhan pin individu dalam acara berpasukan campuran. Individu yang mendapat jatuhan pin keseluruhan tertinggi adalah pemenang.

9.0        CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
9.1            Adalah tanggungjawab setiap peserta untuk mengesahkan keputusan perlawanan dalam borang skor yang disediakan.
9.2            Keputusan setelah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya.
9.3            Individu atau pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang. Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin permainan terakhir. Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan seterusnya.

10.0    PAKAIAN
10.1         Semua pasukan dan peserta mesti memakai pakaian seragam pasukan.
10.2         Peserta-peserta dikehendaki mamakai seluar panjang slack (jeans tidak dibenarkan)  dan baju berkolar (tuck-in) dan kemas untuk setiap pasukan masing-masing.
10.3 Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam.




11.0       ALATAN
11.1       Semua peserta diwajibkan mendaftarkan bola masing-masing bagi memastikan berat dan spesifikasi lain mematuhi peraturan.
11.2       Sekiranya ada peserta yang membuat perubahan pada bolanya atau membuat Plugging semula pada bola yang telah diluluskan sebelum ini, bola tersebut mesti didaftarkan semula sebelum digunakan.

12.0       KELEWATAN
12.1       Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu acara bermula. Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara itu.
12.2       Peraturan ini berkuatkuasa dalam semua acara.

13.0       MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
13.1       Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya ada ‘Walk Over” dalam sesuatu acara atau bilangan peserta dalam acara itu tidak mencukupi .Tertakluk kepada pihak penganjur.

14.0       GANGGUAN PERMAINAN
14.1       Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baharu sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.
14.2       Permainan (game) yang terganggu itu mesti disambung dari frame di mana gangguan itu berlaku.

15.0       BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH
15.1       Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum peserta lain membuat balingannya, maka balingan itu dianggap sabagai “Bola Mati” (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
15.2       Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui selepas pemain kemudian bolanya, maka mata yang diperolehinya itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
15.3     Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling, skor akan dibatalkan dan pemain dikehendaki membaling semula pada lorong yang sebenarnya.

16.0       MEMPERLAHAN PERMAINAN (SLOW BOWLING)
16.1       Seseorang peserta yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui tentang hak dan obligasinya seperti berikut :-

16.1.1   Seseorang peserta untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus memberi laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kanannya. Semua pemain harus bersedia untuk bermain bila sampai gilirannya dan tidak harus melambatkan permainan itu.
16.1.2   Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, dia akan diberi amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan pertama (tiada panalti) dan kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti). Untuk kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain tersebut akan diberi kad Merah dan sifar (0) mata untuk frame tersebut.
17.0       KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK
17.1     Sekiranya berlaku sebarang “black out” dalam tv monitor di mana skor sesuatu permainan yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame di mana permainan tersebut berhenti sebelum ini.
17.2       Game-game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.
            Pasukan dan pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta
            sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu “black out”   
            seumpama ini.

18.0       PERUNTUKAN LORONG
18.1       Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian.

19.0       LARANGAN (PROHIBITION)
19.1       Peserta-peserta adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.
19.2       Sekiranya didapati ada peserta yang melanggar peraturan ini, beliau akan dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini.
19.3       Sekiranya berlaku perkara ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus membawa kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya peserta ini digantung daripada keseluruhan pertandingan. Beliau juga akan dikenakan tindakan disiplin lain yang dianggap sesuai.
19.4       Minuman dan tepung serta sebagainya tidak boleh ditinggalkan di atas meja console.

20.0       PENANGGUHAN
20.1       Jawatankuasa teknikal boling tenpin acara pegawai KAKOM Perlis 2019 berhak mengubah sistem pertandingan jika masa tidak mencukupi akibat daripada penangguhan permainan.

21.0       PEGAWAI TEKNIKAL
21.1       Pertandingan akan diawasi oleh Pegawai Teknikal Pengelola dan Marshal Lane yang bertauliah dari Pusat boling MM Superbowl.
21.2       Keputusan Pegawai Pertandingan adalah muktamad.

22.0     HADIAH
            22.1     Acara VVIP/ VIP (L)
                        22.1.1  Tempat 1 – 5 (Medal + Hamper)

            22.2     Acara VVIP/ VIP (W)
                        22.2.1  Tempat 1 – 5 (Medal + Hamper)
                       
            22.3     Acara Berpasukan Campuran (2L, 2W)
                        22.3.1  Tempat 1 – 5 (Medal + Hamper)
           
            22.4     Acara Individu (L)
                        22.4.1  Tempat 1 – 5 (Medal)
                       
            22.5     Acara Individu (W)
                        22.5.1  Tempat 1 – 5 (Medal)

23.0       BANTAHAN DAN RAYUAN
23.1       Sila rujuk Perkara 12.0 Peraturan Am.

24.0       PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

26.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.



No comments:

Post a Comment